Dakwaan MAIDAM dipengaruhi HARAPAN tak berasas


SEORANG
pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) menyelar fitnah dan persepi cuba dicipta pihak tertentu yang mendakwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dipengaruhi HARAPAN Terengganu.

Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH), Hasbie Muda membuat ketegasan itu dalam satu hantaran di Facebooknya susulan satu Tweet yang oleh Terengganu Press yang memaparkan Pengerusi HARAPAN negeri itu berada dalam satu majlis bersama Yang Dipertua MAIDAM Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail.

"Faktanya, program yang dihadiri oleh Yang Dipertua MAIDAM bersama pemimpin HARAPAN adalah Majlis Ramah Mesra & Dailog Harmoni Antara Budaya anjuran YADIM Negeri Terengganu serta Gabungan Dakwah Malaysia Terengganu dan dirasmikan oleh Yang Dipertua MAIDAM. Ia berlangsung pada 3 Februari 2023.

"Datuk Raja Bahrin dan saya dijemput sebagai tetamu. Langsung tidak bersembang soal politik," katanya.

Terdahulu MAIDAM mengeluarkan arahan melarang semua ahli politik termasuk Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Anggota Dewan Negara menggunakan masjid serta surau di seluruh Terengganu sebagai pentas kuliah atau ceramah.

Ia susulan titah Sultan Mizan Zainal Abidin yang dukacita dengan pembabitan segelintir ahli politik yang menyampaikan kuliah, ceramah dan pengajaran agama di masjid dan surau serta bertindak sebagai khatib dan iman solat Jumaat tanpa kebenaran MAIDAM.

Jangan timbulkan persepsi tak benar
Larangan itu jelas MAIDAM bertujuan memastikan masjid dan surau tidak disalah guna, selain mengelak pengisiannya bercampur aduk dengan unsur politik kepartian.

Selain kuliah dan ceramah, ia turut meliputi pengajaran agama di masjid dan surau, selain bertindak sebagai khatib dan iman solat Jumaat.

Sementara itu tambah Hasbie, MAIDAM adalah institusi bawah bidang kuasa Sultan Terengganu dan ia seharusnya dihormati dan tidak dikaitkan dengan mana-mana parti politik.

Post a Comment

0 Comments