Lepas Bakul Rahmah, KPDN akan perkenal skim jualan baju raya Rahmah


SEMPENA ketibaan musim perayaan yang bakal disambut tidak lama lagi, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terus memperbanyakan inisiatif meringankan beban rakyat terutama golongan B40.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada Isnin melancarkan skim jualan pakaian Raya Rahmah.

Menurutnya, sebuah gergasi industri tekstil terkenal tanah air telah menyatakan kesediaan membantu menjayakan hasrat tersebut bermula Ramadan ini.

Syarikat gergasi tekstil itu jelasnya telah memberi jaminan kualiti pakaian akan dijual nanti setanding premium sekali gus sebagai satu usaha membantu KPDN menggembirakan rakyat berpendapatan rendah ceria meraikan Aidilfitri.

“Pagi tadi saya ditemui dua ‘big bos’ syarikat itu dan mereka berbincang untuk saya sendiri melancarkan jualan Raya Rahmah dijangka pada 24 Mac ini,” katanya.

Salahuddin sebelunya ditemui selepas merasmikan Rahmah Raya di bawah Program Payung Rahmah di cawangan terbaharu pasar raya Aeon, di Putrajaya.

Pada majlis berkenaan, beliau juga menyerahkan pek berisi barang keperluan harian serta persiapan Ramadan kepada 20 individu dari keluarga B40 sebagai tanda simbolik acara.


Pelancaran dijangka pada 24 Mac ini
Sementara itu ketika menyentuh mengenai sambutan ramai terhadap Program Payung Rahmah, Salahuddin berkata, beliau membayangkan kini bersedia membuat sesi libat urus dengan pihak pengilang untuk dapat menjual bahan mentah pada harga ‘Rahmah’.


Langkah itu jelasnya sekali gus mampu membantu peniaga runcit mampu menjual balik kepada pelanggan dengan harga rendah di pasaran.

Post a Comment

0 Comments