ADUN Suka Menanti dilantik Ketua Pembangkang DUN Kedah


AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Suka Menanti, Datuk Zamri Yusuf diumumkan sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang baharu berkuat kuasa 1 Feb lalu.  

Perkara itu diumumkan Speaker DUN Kedah, Datuk Juhari Bulat pada Persidangan DUN Kedah di Wisma Darul Aman pada Isnin.

Pelantikan Zamri yang merupakan Ketua Cabang KEADILAN Alor Setar itu bagi mengantikan Datuk Johari Abdul yang mengumumkan pengosongan serta merta kerusi DUN Gurun pada 18 Disember lalu.

Ia selepas beliau dicalonkan sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang baharu.

Menggantikan tempat Datuk Johari Abdul
Sementara itu pada persidangan DUN Kedah semalam Juhari turut memaklumkan status kerusi DUN Gurun yang akan dikosongkan sehingga penggal ini berakhir tidak lama lagi.

Beliau turut mengumumkan bahawa bekas Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah yang juga ADUN Alor Mengkudu, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi yang sebelum ini dipecat partinya kini menjadi merupakan ADUN Pakatan Harapan (HARAPAN) mewakili KEADILAN.

Post a Comment

0 Comments