LAPORAN awal berkaitan rundingan pembahagian kerusi antara Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dijangka akan dibentangkan pada 19 Mac ini.
Ketua Setiausaha HARAPAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tiga jaawatankuasa di bawah sekretariat Kerajaan Perpaduan diberi tanggungjawab menyediakan laporan masing-masing.
Tiga jawatankuasa itu iaitu Jawatankuasa Strategi, Jawatankuasa Pilihan Raya dan Jawatankuasa Pemantauan Agenda Kerajaan dan Politik.
"Saya telah dimaklumkan oleh Ketua Sekretariat (Kerajaan Perpaduan) Datuk Dr Asyraf (Wajdi Dusuki) bahawa jadual pertemuan antara pimpinan tertinggi Kerajaan Perpaduan akan berlangsung pada 19 Mac.
"(Dalam soal pembahagian) kerusi di peringkat HARAPAN membabitkan enam negeri tidak sulit kerana kami sudah ada asas (pembahagian), (tetapi) soalnya nanti apabila kami duduk (berbincang) dengan BN baru kita tengok balik (jika ada perkara yang berbangkit)," katanya.
Menteri Dalam Negeri itu ditemui media selepas menghadiri Konvensyen HARAPAN Kedah di Sungai Petani pada Sabtu.
Mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia yang dipengerusi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 7 Febuari lalu mengumumkan penubuhan tiga jawatankuasa bagi merangka strategi menghadapi PRN di enam negeri iaitu Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu, Kelantan dan Kedah.
Jawatankuasa itu akan merencanakan berkaitan PRN terutamanya pembahagian kerusi dan menumpukan kegiatan mereka untuk memastikan Kerajaan Perpaduan mempunyai tapak kukuh dalam PRN nanti.
Sementara itu ketika mengulas lanjut mengenai isu pembahagian kerusi itu, Saifuddin menegaskan bahawa dalam Kerajaan Perpaduan, kesediaan untuk berbincang antara HARAPAN dan BN sangat penting bagi mengelak berlakunya pertembungan tiga penjuru.
"Kita perlu mengelak pertembungan tiga penjuru terutama di Kedah, kita mahu masuk PRN nanti dengan kombinasi HARAPAN-BN sebagai dua komponen penting dalam Kerajaan Perpaduan," katanya dipetik.
Ketua Setiausaha HARAPAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tiga jaawatankuasa di bawah sekretariat Kerajaan Perpaduan diberi tanggungjawab menyediakan laporan masing-masing.
Tiga jawatankuasa itu iaitu Jawatankuasa Strategi, Jawatankuasa Pilihan Raya dan Jawatankuasa Pemantauan Agenda Kerajaan dan Politik.
"Saya telah dimaklumkan oleh Ketua Sekretariat (Kerajaan Perpaduan) Datuk Dr Asyraf (Wajdi Dusuki) bahawa jadual pertemuan antara pimpinan tertinggi Kerajaan Perpaduan akan berlangsung pada 19 Mac.
"(Dalam soal pembahagian) kerusi di peringkat HARAPAN membabitkan enam negeri tidak sulit kerana kami sudah ada asas (pembahagian), (tetapi) soalnya nanti apabila kami duduk (berbincang) dengan BN baru kita tengok balik (jika ada perkara yang berbangkit)," katanya.
Menteri Dalam Negeri itu ditemui media selepas menghadiri Konvensyen HARAPAN Kedah di Sungai Petani pada Sabtu.
![]() | |
Usaha elak berlaku pertembungan sesama sendiri |

0 Comments