KERAJAAN Persekutuan mengeluar perintah larangan untuk Lynas Rare Earths Ltd (Lynas) menjalankan sebarang aktiviti yang menghasilkan sisa radioaktif di negara ini selepas Julai 2023.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Chang Li Kang berkata, keputusan itu dibuat selepas permintaan kilang memproses nadir bumi untuk menggugurkan empat syarakt berkaitan aktiviti projeknya ditolak.
"Sementara mendapat lanjutan lesen selama 3 tahun, Lynas perlu mematuhi syarat yang telah dikenakan sejak Mac 2020 supaya aktiviti C&L yang menghasilkan sisa radioaktif akan dijalankan di Australia dan tiada aktiviti C&L dilakukan di Lynas Advanced Material Plant (LAMP) di Gebeng, Pahang selepas bulan Julai 2023.
"Aktiviti lain yang tidak melibatkan penghasilan sisa radioaktif dibenarkan untuk terus beroperasi. Dalam erti kata lain, tiada lagi sisa radioaktif tambahan daripada Lynas selepas bulan Julai 2023," kata Chang dalam sidang media khas di Parlimen.
Menurut Lih Kang perkara itu dimaklumkan secara rasmi oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom kepada Lynas Sdn Bhd pada 13 Februari lalu.
![]() |
Komited kerajaan jaga alam sekitar |
Sementara itu tegas Lih Kang, kerajaan komited dalam mewujudkan persekitaran mesra perniagaan dan memahami kepentingan industri nadir bumi.