KPM komited pupuk semangat madani di kalangan pelajar - Fadhlina


KEMENTERIAN
Pendidikan (KPM) berhasrat agar semua murid sekolah di seluruh berperanan sebagai 'Duta Madani' dalam usaha memupuk semangat perpaduan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, melalui langkah itu, beliau percaya ia akan dapat menggagaskan optik lebih jelas mengenai hala tuju perpaduan di peringkat sekolah dan integrasi kaum.

"Hari ini saya mengisytiharkan bahawa semua anak-anak yang telah membuat persembahan dan berpartisipasi dalam festival ini sebagai Duta Madani di peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

"KPM sangat komited dalam mengangkat agenda Madani dan Duta Pendidikan Madani ini bagi menggagaskan agenda masyarakat Madani yang inklusif, keutuhan perpaduan dan integrasi kaum terus dipugar dalam agenda pendidikan Madani.

"Anak-anak sekolah yang dilantik sebagai Duta Madani Perpaduan ini dari masa ke semasa akan dibawa untuk bersama berkongsi dengan negeri-negeri lain juga berkaitan dengan potensi (bakat) dan juga bagaimana untuk terus jadi Duta Madani di peringkat sekolah," katanya.

Fadlina sebelumnya ditemui media selepas merasmikan festival Semarak Ilmu Tahun 2023 anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Sentul pada Rabu.

Tambah Ketua Wanita Parti KEADILAN itu, beliau mendapat inspirasi mencetuskan 'Duta Madani' peringkat kementerian dikalangan pelajar melalui festival yang diadakan itu.

Justeru KPM akan diperluas inisiatf itu dan lebih ramai duta akan diumumkan dalam rangka lawatannya ke negeri-negeri lain dari semasa ke semasa.

"Saya tegaskan program ini mesti diteruskan dan anak-anak sekolah yang menyertai program hari ini telah pun saya isytiharkan sebagai 'Duta Madani Perpaduan' khususnya di peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Usaha pupuk semangat perpaduan dikalangan pelajar
"KPM akan teruskan program seperti ini dalam usaha memupuk perpaduan dan juga pembinaan negara Madani dan pengukuhannya melalui program sebegini," katanya.

Festival Semarak Ilmu Tahun 2023 diadakan bagi mengetengahkan bakat , kreativiti serta potensi murid-murid sekolah di daerah Sentul menerusi pelbagai aktiviti, antaranya, persembahan daripada johan bercerita, tarian rakyat dan tradisional, koir, deklamasi sajak, bicara berirama, gamelan dan anglung.

 

Post a Comment

0 Comments