LANGKAH Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membuka ruang bebas untuk mahasiswa di negara ini memberi pandangan terbuka kepada pentadbiran kerajaan disambut baik.
Ketua Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan (AMK), Aliff Naif Mohd Fizam melalui satu kenyataan berkata, langkah itu merupakan usaha penting dalam mempromosikan demokrasi.
Mahasiswa jelasnya boleh memainkan peranan dalam mekanisme semak dan imbang dan wajar didengari dan dihormati tanpa terdedah kepada sebarang intimidasi dari pihak universiti atau autoriti.
"Mahasiswa perlu dilindungi dan didorong untuk bersuara tanpa sebarang rasa takut atau halangan.
"Sudah tamat era di mana mahasiswa dimomokkan dengan ugutan dari autoriti hanya kerana menyatakan pandangan yang kritikan dan bersifat melawan," kata kenyataan itu.
Anwar dalam satu program di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 11 Feb lalu berkata, kerajaan mahu KPT meninggalkan amalan lama yang telah lapuk.
Antara punca kegagalan ummah masa kini adalah kegagalan mendidik dan membina ummah yang memimpin sebaliknya kebanyakan masyarakat kini hanyalah mengikut dan tidak bersuara.
Justeru Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sudah diarah membuka ruang kepada pelajar dan kakitangan, memberi pandangan atau kritikan secara terbuka kepadanya atau kerajaan dengan syarat setiap teguran harus mempunyai merit dan berilmu serta tidak menghina mana-mana pihak.
![]() |
Kritikan mesti berdasarkan merit dan ilmu |
"Dengan kebebasan mengkritik, juga hadir tanggungjawab ke atas kenyataan yang dikeluarkan agar tidak melanggar prinsip hidup bermasyarakat majmuk dan madani di Malaysia," kata Aliff Naim dalam kenyataan tersebut.
0 Comments