SERUAN Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa
Billah Shah berhubung beberapa perkara membabitkan bidang pendidikan
diambil perhatian serius oleh Kementerian Pendidikan.
Dalam satu kenyataan yang dikongsikan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di laman Facebooknya, KPM berkata beberapa langkah akan dilaksana demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat selaras titah Seri Paduka Baginda
Ia antarnya dengan memastikan ia menerajui Dasar Pendidikan Digital (DPD) bagi menyambut agenda pendidikan digital negara dapat dijalankan seiring keperluan kini dan masa hadapan pendidikan.
"KPM juga komited untuk memastikan prasarana dan infrastruktur institusi pendidikan di bawah KPM sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kondusif melalui projek menaik taraf atau penggantian blok bangunan sekolah daif.
"Dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET), ia akan terus diperkasa untuk melahirkan graduan TVET yang memenuhi keperluan industri dan negara menerusi pendekatan usahasama antara pihak awam dan swasta," menurut kenyataan itu.
Sultan Abdullah dalam titahnya sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat menyentuh beberapa perkara melibatkan pendidikan antaranya memaklumkan dasar pendidikan digital merangkumi penyediaan infrastruktur dan keupayaan digital sedang dirangka bagi merealisasikan agenda pendidikan digital negara dan menjamin akses kepada pendidikan.

![]() |
KPM ambil maklum titah Seri Paduka Baginda |
Baginda
turut menyokong usaha agar TVET terus diperkasa termasuklah mengadakan
usahasama antara pihak awam dan swasta dengan pihak industri menerajui
pengoperasian institusi TVET awam bagi memastikan graduan institusi
tersebut dilatih berdasarkan keperluan semasa industri setempat.
Sementara itu, KPM dalam kenyataan turut berkata, pihak kementerian turut merancang untuk memperkasakan penggunaan Modul Intervensi Jenayah Seksual Kanak-kanak di Sekolah (IHSAN) dan meneliti peraturan disiplin murid yang lebih komprehensif bagi meningkatkan lagi tahap keselamatan dan kesejahteraan murid di sekolah.

0 Comments