KKM akan bincang untuk dapatkan bajet lebih besar


KEMENTERIAN KESIHATAN
(KKM) akan membentangkan perincian bagi mendapatkan lebih peruntukan bagi sektor kesihatan.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, peruntukan yang lebih banyak diperlukan bagi menyelesaikan pelbagai isu terkait sistem penjagaan kesihatan awam.

“Isu-isu berbangkit seperti kebajikan, kesihatan fizikal dan mental petugas kesihatan, sistem sumber manusia, penetapan gaji saksama, jaminan pekerjaan serta isu lain sentiasa menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM) kerana tiada penyelesaian mudah untuk isu-isu ini,” katanya dalam catatan Twitter.

Zaliha turut memberitahu, pihak kementerian mengambil berat pandangan petugas kesihatan berhubung situasi semasa sistem kesihatan negara dan sedang melakukan pelbagai langkah menyeluruh dari aspek dasar serta teknikal.

Pertemuan berkala dengan semua pihak berkepentingan khasnya daripada kakitangan di lapangan akan diteruskan bagi mendapatkan lebih banyak maklum balas, termasuk mengenal pasti penyelesaian jangka pendek dan panjang.

KKM juga akan sentiasa dengar luahan petugas
“Sebahagian besar proses perubahan sistem kesihatan ini menuntut pendekatan merentasi agensi.

“Semua perkara yang disebut juga merupakan sebahagian daripada pembaharuan dan keutamaan Kertas Putih Kesihatan, yang mana ia akan dijadikan penanda aras kepada pelbagai reformasi sektor kesihatan pada masa akan datang.” katanya.


Post a Comment

0 Comments