KKD akan umum pelan internet talian tetap untuk B40

 


KERAJAAN Perpaduan terus berusaha melaksana beberapa usaha bagi meringankan beban kos sara hidup golongan kurang berkemampuan di negara ini.

Terbaharu, Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil mengumumkan kerajaan akan memperkenalkan Pakej Internet talian tetap khusus untuk golongan B40.

"Sebelum ini kita ada umum Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih untuk telefon bimbit. Selepas ini kita akan hantar KSU (buat rundingan), untuk pastikan Pakej Perpaduan bagi Internet jalur lebar talian tetap," katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan KKD 2023 di Putrajaya.

Sehubungan itu jelas Fahmi, Ketua Setiausaha (KSU) KKD Datuk Seri Mohammad Mentek telah diarahkan untuk membuat rundingan dengan pihak berkaitan berhubung pakej itu.

Kerajaan sebelum ini memutuskan untuk memperluas pakej internet prabayar mudah alih dengan harga lebih rendah untuk manfaat belia berumur sehingga 30 tahun, B40, orang kurang upaya (OKU), warga emas dan veteran tentera dan polis.

Pakej dengan harga RM30 itu menawarkan peningkatan kelajuan Internet mudah alih daripada 1Mbps ke 3Mbps dengan kuota ditingkatkan daripada 20GB untuk tiga bulan (80 hari) kepada 30Gb untuk tempoh lebih lama iaitu selama enam bulan (180 hari).
 
pelan itu yang melibatkan lima syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi iaitu CelcomDigi, Maxis, UMobile, Telekom Malaysia (TM) dan YTL Communications turut ditawarkan dengan harga serendah RM5 sebulan dan kelajuan tiga kali lebih pantas.

Satu lagi usaha ringan kos sara hidup rakyat
Sementara itu, Fahmi berkata syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi memainkan peranan penting dalam melengkapkan tiga peratus akses Internet di kawasan yang belum diselesaikan serta baki 97 peratus yang dikesan mempunyai pothole.

Fahmi berkata beliau dan timbalannya Teo Nie Ching akan memastikan isu Internet dalam negara diselesaikan secepat mungkin.

Post a Comment

0 Comments