Kerajaan tak bercadang hapus subsidi petrol dan diesel


KERAJAAN
tidak bercadang memansuhkan subsidi minyak petrol dan diesel yang dinikmati rakyat ketika ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub.


kepada pemberita selepas melancarkan Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) di Johor Bahru pada Sabtu, Salahuddin menegaskan keputusan mengekalkan pemberian subsidi itu adalah demi kepentingan rakyat.

"Sehingga hari ini kita masih mengekalkan subsidi petrol diesel dilaksanakan sehingga kerajaan membuat satu keputusan untuk kita mungki nmelaksanakan subsidi secara bersasar.

"Setakat saya hadir pada mesyuarat kabinet Rabu lepas, kita masih kekal dengan apa yang kita putuskan pada hari ini," katanya.
Beliau sebelumnya mengulas jangkaan pakar ekonomi berkaitan kemungkinan Kerajaan Perpaduan mengumumkan pemansuhan subsidi minyak petrol dan diesel dalam pembentangan Belanjawan 2023 sekali gus menggantikan ia dengan sistem bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Sementara itu ketika mengulas inisiatif ReDI yang dilancarkan itu, beliau memaklumkan kementeriannya memperuntukkan RM16,000 kepada peniaga dan pengguna secara tanpa tunai di pasaraya yang menyertainya.

Program ReDI bertujuan mengurangkan kebergantungan terhadap wang tunai dalam urusniaga dengan beralih kepada medium digital.

Ia telah berjaya dilaksanakan secara rintis antaranya di Putrajaya, Hulu Terengganu, Pulau Pangkor serta Labuan pada tahun lepas dan beliau berharap ramai peniaga di Johor akan terlibat dengan inisiatif berkenaan.

Keputusan k'jaan adalah untuk kepentingan rakyat
"Sehingga 31 Dis tahun lepas, sebanyak 8,479 peniaga luar bandar telah beralih ke medium digital dan kini ia diperluaskan lagi di negeri Johor dengan menyasarkan keseluruhan 233 peniaga Kipmall dan 120 peniaga di Pasar Awam Perling," katanya.

Ahli Parlimen Pulai itu berkata pihaknya turut merancang untuk memperluas inisiatif itu ke Pulau Pinang, Melaka, Perlis, Sabah dan Sarawak.

Post a Comment

0 Comments