SIASATAN menyeluruh terhadap insiden seorang doktor perubatan yang didakwa melakukan pencabulan terhadap seorang pesakit kanak-kanak di Kemaman wajar diadakan segera.
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) cabang Kemaman melalui satu kenyataan berkata, siasatan itu penting bagi memastikan tahap Profesionalisme kakitangan hospital terbabit dapat dipertahankan.
"KEADILAN Kemaman sentiasa menjunjung prinsip tatakelola dan etika kerja yang profesional dalam memberi khidmat yang terbaik kepada masyarakat.
"Justeru kami menyokong penuh siasatan dijalankan secara bebas demi menjaga etika dan profesionalisme warga KKM khususnya di Hospital Kemaman," kata Biro Komunikasi dan Penerangannya.
Media sebelum ini melaporkan penahanan seorang doktor lelaki berusia 30 tahun pada Khamis selepas pihak polis menerima laporan yang dibuat ibu mangsa pada malam Rabu.
Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa, berkata mangsa yang berusia 12 tahun memaklumkan bahawa suspek telah membuka baju dan meraba dada serta merakam gambar-gambar mangsa melalui telefon bimbit milik suspek.
Kejadian berlaku di bilik rawatan wad tersebut.
Menurut Rohaimi, berdasarkan penemuan awal terhadap beberapa gambar dalam telefon bimbit suspek, pihaknya percaya terdapat ramai lagi mangsa terlibat.
Siasatan terhadap suspek jelasnya telah dijalankan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
![]() |
Orang awam digesa tak buat spekulasi |
Masyarakat khususnya di Daerah Kemaman juga diingatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi sehingga mengganggu siasatan yang dijalankan.
0 Comments