KEADILAN S'wak gesa laksana audit forensik kepada projek gagal

 


AUDIT FORENSIK perlu diadakan bagi mengenal pasti punca kepada kelewatan dan kegagalan beberapa projek di jalankan di Sarawak.

Gesaan itu disuarakan Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Sarawak, Abun Sui Anyit melalui satu kenyataan media.

"Saya sangat kecewa apabila beberapa projek di Parlimen Hulu Rajang tidak siap-siap.

"Antara yang tidak siap mengikut jadual adalah seperti Klinik Kesihatan Long Busang, Jalan Jiwa Murni dari Belaga ke Merit," katanya.

Beliau yang juga seorang pengamal undang-undang turut berkata, masalah pada projek-projek yang dilaksana turut diakui Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Punca kegagalan projek mesti didedahkan
Justeru tegasnya Kerajaan Negeri Sarawak supaya mendedahkan senarai nama syarikat kontraktor yang ditauliahkan bagi menjalankan projek-projek yang dianggap gagal itu.


"Mengapa tidak semak betul- betul kebolehan kontraktor menyiapkan projek berkualiti dalam tempoh masa yang diberikan.

"Kita tidak mahu perkara ini berulang lagi, siarkan nama kontraktor terbabit supaya rakyat tahu siapa mereka," katanya.

Post a Comment

0 Comments