KEADILAN Sarawak perkukuh gerak kerja akar umbi

 


PARTI Keadilan Rakyat (KEADILAN) Sarawak sedang melengkapkan barisan kepimpinan di semua 31 cabang parti itu di seluruh negeri bagi memantapkan semula gerak kerja di peringkat akar umbinya.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sarawak Roland Engan berkata, ia antara sebahagian langkah proaktif yang dijalankan pihaknya dalam memastikan kelangsungan perjuangannya demi mewujdukan masyarakat yang progresif dan adil dapat dijayakan.
 
"Dengan adanya cabang yang tersusun, KEADILAN akan dapat menyumbang ke arah kestabilan dan keberkesanan Kerajaan Perpaduan dalam melaksanakan agenda Malaysia Madani di Sarawak.

"KEADILAN Sarawak kini melangkah dengan tenang memasuki bulan Februari ini dan penuh keyakinan kerana keutamaan parti kita sekarang ialah mengukuhkan Kerajaan Perpaduan supaya negara dan rakyat ditadbir dengan baik, bersih dan adil," katanya dalam kenyataan.

Sementara itu jelas Roland, KEADILAN sebagai parti politik tetap menerima permohonanan anggota baharu dan ranting baharu.

Malah katanya, dengan pertambahan anggota dan ranting yang rasmi, parti itu kini semakin kukuh menghadapi segala cabaran pada masa akan datang.

KEADILAN Sarawak kukuhkan akar umbi
Mengulas mengenai kerjasama antara parti dalam Kerajaan Perpaduan terutama bagi menghadapi beberapa pilihan raya negeri di Semenanjung, beliau menggesa penyokong parti itu mengambil sikap bertenang dan menunggu pengumuman dari pimpinan tertinggi.

Sementara itu jelasnya, penyokong perlu terus kepada fokus membangunkan kekuatan parti itu.


Post a Comment

0 Comments