BUDAYA fitnah politik bertujuan membunuh karektor seseorang pemimpin perlu dikawal dan dihentikan dengan tindakan perundangan tegas, kata Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar.
Bekas Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, perbuatan fitnah menjadi ancaman baharu kepada masyarakat dan ia boleh merosakkan cara pemikiran khususnya anak muda.
Kebimbangan itu tegasnya bertambah apabila kebelakangan itu wujud pula satu budaya memohon maaf selepas memfitnah yang seakan menjadi trend parti tertentu.
“Ia (fitnah) perlu dibendung dan dikawal oleh pihak berkuasa bagi mengelak perbuatan itu berulang dan terus dilakukan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
“Tindakan tegas perlu sebagai pengajaran dan bukan sekadar mohon maaf selepas mengakui kesalahan fitnah yang dilakukan,” kata Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Kedah itu pada satu program di Alor Setar.
Mengambil contoh kes terbaharu membabitkan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria yang membuat permohonan maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Taiping berhubung kes saman fitnahnya, ia menurut Mahfuz sebagai membuktikan budaya politik fitnah sememangnya berleluasa.
“Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan polis masih boleh ambil tindakan walaupun si pelaku sudah mohon maaf.
![]() |
Pemfitnah mesti dikenakan tindakan tegas, kata Mahfuz |
Beliau turut berkata, sekiranya tiada tindakan tegas daripada pihak berkuasa, dikhuatiri timbul pula persepsi buruk terhadap agensi terlibat.
0 Comments