Hassan Marican dilantik ketuai badan penasihat khas

 


PENASIHAT
Petronas, Tan Sri Mohd Hassan Marican dilantik mengetuai badan penasihat khas kepada Menteri Kewangan.

Pelantikan itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui satu kenyataan ringkas.

Selain Hassan, badan penasihat itu turut disertai empat lagi tokoh terdiri dari pakar ekonomi dan akademik dan meneraka akan bertanggungjawab bagi membantu menasihatinya selaku Menteri Kewangan.

"Selain Tan Sri Hassan, badan ini akan dianggotai Pengerusi Eksekutif FVSB, Datuk Ahmad Fuad Md Ali; Profesor Ekonomi Universiti Sunway, Profesor Dr Yeah Kim Leng; Profesor Ekonomi Universiti Malaya, Datuk Profesor Ulung Rajah Rasiah dan Pengerusi Sarawak Energy Berhad, Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi," kata kenyataan itu.

Ahli Badan Penasihat tak terima imbuhan k'jaan
Anwar turut memaklumkan, kelima-lima penasihat yang dilantik itu tidak menerima apa-apa bayaran dari kerajaan atas perkhidmatan mereka.

“Saya mengulangi pendirian bahawa badan penasihat khas yang dilantik ini tidak akan menerima sebarang bayaran daripada kerajaan,” katanya.

Post a Comment

0 Comments