Anwar sampaikan ucapan takziah Malaysia kepada Turkiye



PERDANA MENTERI, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menzahirkan solidariti rakyat Malaysia kepada Turkiye yang ditimpa benca gempa bumi minggu lalu yang telah mengorbankan lebih 31,000 nyawa.

Perkara itu dinyatakan Anwar semasa pertemuan dengan Presiden Recep Tayyip Erdoğan di Ankara pada Rabu.

Melalui satu kenyataan di Facebooknya Anwar berkata, Malaysia sebagai negara sahabat akan bersama Turkiye ketika saat getir dan sukar dan akan memberi komitmen terutamanya dalam membantu warga Turkiye yang terkesan dengan bencana itu.

“Saya menyampaikan ucapan takziah daripada rakyat Malaysia serta memaklumkan mengenai bentuk bantuan yang telah diusahakan oleh kerajaan Malaysia.

"Bersama kita mendoakan agar peristiwa duka ini cepat berlalu dan Turkiye kembali pulih," katanya yang dijadual pulang ke tanah air sebaik selesai pertemuan.

Anwar dalam rangka lawatan mengejut ke Turkiye susulan permintaan Erdogan supaya beliau hadir memberi sokongan moral.

Beliau tiba di Nurdagi, Gaziantep pada jam 9 pagi waktu tempatan (jam 2 petang waktu Malaysia).

Sebaik tiba ke negara itu lewat malam Selasa, Anwar kemudia bergegas ke Nurgandi, Gaziantep untuk bertemu dan mendengar taklimat operasi pasukan SAR negara yang menyertai misi menyelamat pelbagai negara sejak minggu lalu

Terdahulu, Duta Besar Turkiye ke Malaysia, Emir Salim Yuksel menyatakan penghargaan terhadap lawatan itu dengan berkata, ia menunjukkan perdana menteri Malaysia memahami derita dihadapi rakyat Turkiye ketika ini.

Anwar bertemu Erdogan di Ankara
"Kerajaan Turkiye-Malaysia menjalin hubungan rapat dan Tuan Yang Terutama Perdana Menteri Malaysia (Anwar) adalah kawan rapat presiden kami (Recep Tayyip Erdogan).

"Beliau (Anwar) memutuskan untuk melihat sendiri Pasukan Bantuan dan Penyelamat Khas Malaysia (SMART) bertugas di lokasi bencana. Jadi ia (bersolidariti) dengan kami dan pasukan Malaysia...ia adalah satu inisiatif yang baik,” katanya dalam satu program bersama Bernama TV semalam.

Post a Comment

0 Comments