KEMENTERIAN Kewangan (MOF) memaklumkan bahawa syarikat Pelaburan Petroleum Antarabangsa (IPIC) dan Aabar Investments PJS (Aabar PJS) yang berpangkalan di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bersetuju membayar RM8.06 bilion (AS$1.8 bilion).
Dalam satu kenyataan media MOF memaklumkan bayaran itu akan dibayar melalui Kementerian Kewangan (Diperbadankan) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sekali gus menamatkan pertikaian kedua-dua pihak di mahkamah berhubung skandal 1MDB.
“Kementerian Kewangan (Diperbadankan) dan 1MDB telah mencapai penyelesaian berhubung pertikaian dengan IPIC dan Aabar PJS berhubung prosiding undang-undang di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London dan Mahkamah Tinggi London.
“Dalam hal ini, IPIC dan Aabar PJS telah bersetuju untuk membayar AS$1.8 bilion kepada Kementerian Kewangan (Diperbadankan) dan 1MDB.
“Dengan penyelesaian ini, Malaysia dan Abu Dhabi berharap untuk terus bekerjasama demi kemakmuran dan faedah ekonomi kedua-dua negara pada masa hadapan,” kata kenyataan ringkas tersebut.
Kedua-dua pihak sebelum ini terbabit dalam pertikaian undang-undang di Mahkamah Tinggi London dengan dakwaan Ipic dan Aabar bersubahat dengan penipuan 1MDB.
![]() |
Langkah tamatkan pertikaian isu 1MDB |
Kes di London itu adalah satu daripada beberapa siasatan lain melibatkan 1MDB di seluruh dunia termasuk di AS serta Malaysia.
0 Comments