Tak munasabah mansuh atau kurang pencen pesara - Anwar


PERDANA MENTERI
, Dtuk Seri Anwar Ibrahim menafikan Kerajaan Perpaduan yang diterajuinya akan memansuhkan pencen bekas anggota kabinet.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan beberapa pihak kononnya kerajaan akan memansuhkan pencen bekas anggota Kabinet sebagai satu lagi langkah penjimatan perbelanjaan kerajaan.

"Dakwaan (bahawa) Kerajaan Perpaduan Malaysia akan menimbang untuk hapuskan pencen atau kurangkan pencen (tidak benar).

"Itu tidak munasabah kerana isu ini menyentuh soal Perlembagaan dan ia harus diteliti dan dirujuk semua pihak," katanya sambil menegaskan tindakan sedemikian tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya.

Tak masuk akan mansuh pencen
Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun sementara itu berkata, terdapat beberapa tindakan yang diambilnya sebelum ini hanya melibatkan pentadbiran.

Antara langkah diambil membabitkan pemberian kenderaan kepada bekas menteri.

"Bekas menteri yang sebelum ini dapat kemudahan kereta semua saya batalkan. Dari segi peraturan pentadbiran ia tidak langgar Perlembagaan," jelasnya.

Post a Comment

0 Comments