Siasatan insiden pemain bola ditampar diteruskan

 


SIASATAN terhadap jurulatih bola tampar yang mengasari dua atlet remaja perempuan bulan lalu diteruskan, kata Menteri Belia dan Sukan.

Hannah Yeoh berkata, perkara itu diputuskan pihaknya walaupun jurulatih berkenaan telah memohon maaf, manakala salah seorang bapa kepada remaja tersebut telah menerima permohonan maaf berkenaan.

"Ibu bapa dan exco kerajaan negeri telah bersuara tetapi kementerian akan meneruskan siasatan kami secara bebas kerana ini bukan mengenai seorang jurulatih atau dua pemain itu tetapi contoh yang akan kita tunjukkan untuk generasi akan datang dalam sukan.

"Menteri Pendidikan Fadhlina Siddiq dan saya sepakat dalam hal ini," ciap Yeoh di laman Twitter.

Rakaman insiden yang berlaku pada 14 Dis itu semasa Kejohanan Bola Tampar Remaja U14 Malaysia itu tular sehingga menarik perhatian ramai.

Kementerian teruskan siasatan
Jurulatih itu didakwa berang selepas pasukannya tidak mempamerkan aksi seperti yang diharapkan.

Warganet dan pimpinan politik kemudiaan mendesak kerajaan didesak menyiasat dan mengambil tindakan terhadap jurulatih tersebut.

Semalam, bapa kepada salah seorang pemain yang ditampar itu berkata, anak perempuannya mahu jurulatih itu dikekalkan.

 

Post a Comment

0 Comments