KPWKM dengar rungutan penerima JKMPay



KEPUTUSAN sama ada penerima Pembayaran Bantuan Bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menerima pembayaran melalui sistem tanpa tunai atau JKMPay akan diketahui tidak lama lagi.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Nancy Shukri, berkata laporan kajian keberkesanan sistem pembayaran secara digital yang membangkitkan banyak rungutan itu sudah disiapkan dan laporanya dibentangkan pada bulan ini.

"Kementerian akan melihat mana yang lebih baik dan sekiranya ramai yang mahukan pembayaran secara tunai, kita tidak ada masalah untuk melaksanakannya," katanya kepada pemberita.

Beliau dan Timbalannya, Aiman Athira Sabu sebelumnya menghadiri Majlis Amanat Menteri Bersama Warga KPWKM di kementeriannya di Putrajaya pada Rabu

Seorang Ahli Dewan Negara pada Selasa menggesa pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim memansuhkan sistem JKMPay dan mengembalikan semula sistem bantuan tunai RM450 seperti sebelum ini.
 
Presiden OKU Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi menegaskan sistem JKMPay yang diperkenal pentadbiran terdahulu tidak mesra pengguna dan menyukarkan penerima untuk membuat pembelian dengan kad bayaran tanpa tunai.

Melalui sistem yang diperkenal pada 2021 itu penerima bantuan hanya akan menerima 50 peratus daripada jumlah bantuan yang diluluskan dan dikreditkan ke dalam akaun Bank Islam, manakala baki 50 peratus akan dimasukkan ke dalam kad JKMPay.

Ras Adiba kecewa kerana pelaksanaan inisiatif itu dilaksana tanpa mendapatkan sebarang pandangan daripada komuniti itu sendiri.

"Kementerian menyambut baik dan menerima cadangan daripada semua pihak dan dari segi perundangan penamatan sistem JKMpay ini boleh dilaksanakan.

Banyak rungutan berhubung sistem JKMPay
"Saya berterima kasih kepada Senator Datuk Ras Adiba yang membawa isu untuk keseluruhan orang kurang upaya ini, kita amat memerlukan maklum balas dari mereka yang terjejas oleh sistem yang ada," tambahnya.

Walubagaimanapun jelas Nancy, sekiranya kerajaan membuat keputusan agar sistem JKMpay dihentikan, kementerian perlu mengambil masa untuk kembali melaksana semula sistem sebelum ini kerana beberapa perkara termasuk sistem yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

 

Post a Comment

0 Comments