Fahmi bidas DNB susulan kenyataan tak disahkan

 


DIGITAL NASIONAL BHD (DNB) diminta menjelaskan kenyataan syarikat itu bahawa rangkaian 5G dalam negara kini meliputi 50% kawasan berpenduduk.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil melalui satu ciapan di Twitter membidas syarikat yang diberi mandat untuk melaksanakan rangkaian 5G itu kerana mengeluarkan angka yang belum disahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Fahmi membidas syarikat yang diberi mandat untuk melaksanakan rangkaian 5G itu kerana mengeluarkan angka yang tidak disahkan.

"Saya fikir DNB mesti menjelaskan bagaimana mereka memperoleh angka ini.

"Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) masih belum mengesahkan maklumat ini.

“Selepas ini, saya tidak fikir DNB harus menerbitkan (angka) sebelum pengesahan.” tulisnya.

Beliau mengulas ciapan oleh penganalisis politik James Chin yang memuat naik tangkap layar artikel Ketua Pegawai Eksekutif DNB Nasution Mohamed dilaporkan berkata pelancaran rangkaian 5G di negara ini mencapai hampir 50% di kawasan berpenduduk pada akhir 2022, mengatasi sasaran awalnya sebanyak 40%.

Menyifatkan laporan itu sebagai berita Palsu, beliau berkata mengalami masalah sambungan internet di sebuah bandar di Sarawak.

"Tak boleh dapat (liputan) 4G pun di salah sebuah bandar di Sarawak. Saya beli kad data 4G dan kelajuannya seperti 3G atau kurang.

"Berapa ramai daripada anda di Sabah dan Sarawak mendapat 5G atau 4G?"ciap Chin, yang juga seorang profesor Pengajian Asia di Universiti Tasmania.

Fahmi mahu DNB beri penjelasan
DNB, yang dimiliki 100% oleh ementerian Kewangan Diperbadankan (Mof Inc), bertanggungjawab membina dan mengurus rangkaian 5G serta bertindak sebagai penyedia borong tunggal perkhidmatan 5G.

Dalam satu kenyataan pada Ahad, DNB berkata ia telah mencapai lebih 90% liputan kawasan berpenduduk di seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor serta kira-kira 50% di seluruh bandar dan pekan di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Post a Comment

0 Comments