PM bertemu Syeikh Ghanim, bincang potensi pelaburan di Malaysia


PERDANA MENTERI
, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis bertemu Pengerusi Kumpulan Ghanim Bin Saad Al Saad & Sons Holdings (GSSG) bagi meneroka peluang pelaburan di negara ini.

Melalui hantaran di Facebooknya pada Khamis memaklumkan beliau bertemu Syeikh Ghanim Saad Al Saad yang juga penasihat kepada mantan Perdana Menteri Qatar di Putrajaya.

“Tengah hari tadi saya bertemu Syeikh Ghanim Saad Al Saad di pejabat yang merupakan penasihat kepada mantan Perdana Menteri Qatar Sheikh Hamad Jassim Al Thani.

“Ghanim Bin Saad Al Saad and Sons Group (GSSG) yang diketuai beliau kini sedang meneroka peluang untuk pelaburan di Malaysia,” kata Anwar dalam hantaran itu.
 
Sebagai rekod, GSSG merupakan sebuah syarikat paling berjaya di Qatar yang ditubuhkan pada 1994 sebelum iperbadankan pada 2007.

Perniagaanya GSSG meliputi pelbagai industri termasuk penerbangan, maritim, kereta, minyak & gas, hartanah, pembuatan, perdagangan, kewangan & pengurusan aset, kejuruteraan, pendidikan, hospitaliti, teknologi maklumat dan telekomunikasi.

Anwar sebelum ini menegaskan akan menggunakan hubungan baiknya dengan pihak luar negara untuk menarik pelaburan ke Malaysia.

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu berkata, tekad berkenaan antara usahanya untuk memberikan tumpuan penuh kepada hal ehwal berkaitan ekonomi bagi mengatasi isu kenaikan harga barang dan prestasi ringgit yang buruk.

Anwar guna hubungan baik tarik pelabur asing
Sementara itu melalui ruangan komen di laman Facebook Ahli Parlimen Tambun itu, rata-rata warganet memuji perubahan yang berlaku selepas Anwar mengetuai kerajaan.

Mereka turut berharap agar lebih banyak pelaburan akan masuk ke dalam negara sekaligus mengambalikan status Malaysia sebagai harimau Asia yang pernah disandang ketika Anwar adalah Menteri Kewangan pada era 90-an.

Post a Comment

0 Comments