Sedekah: rasuah dilunakkan dengan perkataan sedekah

 


SEORANG pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) menyelar sikap pemimpin PAS yang cuba mengelirukan orang ramai apabila mentafsirkan perbuatan rasuah yang didakwa dilakukan parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu sebagai 'sedekah'.

Faiz Fadzil yang merupakan ADUN Permatang Pasir berkata, dalil PAS itu seolah cuba berselindung di sebalik bahasa Arab untuk justifikasi perbuatan memberi wang ketika pilihan raya bukan satu perbuatan rasuah.

“Dakwaan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang bahawa duit yang diberikan ketika pilihan raya bukan rasuah tetapi sedekah.

“Ini sebenarnya bercanggah dengan penafsiran suapan dalam Seksyen 3 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang juga menyebut mengenai perlakuan derma.

“Dalam erti kata lain, derma adalah satu bentuk rasuah. Sedekah berasal daripada bahasa Arab, tetapi dalam bahasa Melayu difahami sebagai derma,” katanya dalam kenyataan.

Abdul Hadi ketika mengulas petisyen pilihan raya difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 3 Januari yang mendakwa PAS menabur wang antara 15 hingga 17 November lalu iaitu antara dua hingga empat hari sebelum PRU15 menegaskan ia bukan rasuah.

Ahli Parlimen Marang itu mempertahankan pengagihan wang oleh segelintir individu dengan dengan kebanyakan isi rumah menerima wang antara RM500 hingga RM1,000 adalah sedekah dan adalah hak orang awam yang ingin memberikan sumbangan.

Faiz ketika mengulas kenyataan Abdul Hadi itu menegaskan, ia telah menunjukkan pemikiran PAS yang semakin bercelaru dan menyimpang dari syariat Islam sebenar.

“Ironinya, Presiden PAS mendakwa sedekah bukan kesalahan pilihan raya, sedangkan wang undi itu diberikan ketika tempoh pilihan raya.

“Mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihanraya, perbuatan menyogok untuk mendapatkan undi adalah satu kesalahan pilihan raya dan boleh menyebabkan keputusan pilihan raya itu terbatal.

“Bagi tujuan apa wang itu diberikan ketika tempoh pilihan raya? Setiap sedekah itu ada tujuannya. Maka, perkara ini perlu disiasat pihak berkuasa sama ada SPRM atau polis,” ujar beliau sambil menegaskan pengakuan 'sedekah' itu telah cukup membuktikan wujud aktiviti pemberian wang kepada orang ramai.

Faiz gesa sumber 'sedekah' disiasat
Justeru tegasnya, penggunaan wang yang banyak oleh PAS ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) November lalu bukan amalan yang betul, baik dari segi undang-undang mahupun moral.

Satu siasatan secara menyeluruh dan bebas perlu dilakukan bagi menyiasat sumber wang dan tujuannya pemberian 'sedekah' itu






 

Post a Comment

0 Comments