RM6.2 juta diperuntukkan untuk belia dan wanita di Negeri Sembilan


KERAJAAN Negeri Sembilan pimpinan KEADILAN memperuntukkan sebanyak RM6.2 juta untuk pembangunan belia dan wanita di negeri itu pada tahun hadapan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, Peruntukan ini disediakan untuk penganjuran program, latihan dan bantuan one-off kewangan.

“Sebanyak empat inisiatif sedia ada dikekalkan dengan peruntukan RM4.5 juta iaitu geran Tabung Belia Harapan (TABAH), perlindungan takaful Food Rider, Care For U (C4U) dan Power House Wanita Gemilang (PH GEM).

"Bidang tumpuan ini turut diperluaskan kepada dua inisiatif baharu iaitu pembangunan fasiliti sukan dan pemerkasaan sukan paralimpik dengan peruntukan RM1.7 juta," jelasnya.

Aminuddin yang juga ADUN Sikamat menjelaskan inisiatif bagi memperkasakan golongan belia dan wanita itu dibuat pentadbirannya menyedari pentingnya peranan belia dan wanita sebagai tulang belakang kerajaan.

Pada November lalu, kerajaan negeri membentangkan Belanjawan 2023 berjumlah RM550 juta dengan anggaran hasil sebanyak RM450 juta dan belanjawan pembangunan sebanyak RM130 juta.

Belanjawan bertemakan ‘Melunas Janji dan Menggalas Harapan’ itu berkata belanjawan berkenaan merangkumi sektor pembangunan sosial, pertanian, infrastruktur, kerohanian, pentadbiran dan pelancongan.

Sementara itu, bagi pengembangan sektoe sukan di negeri itu, Aminuddin turut mengumumkan projek peniktarafan Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi.

Ia sebagai tanda penghargaan kepada pasukan bola sepak Negeri Sembilan yang telah berjaya menduduki tangga ke-empat dalam Bola Sepak Liga Super tahun 2022.

Golongan belia dan wanita dihargai
“Kejayaan cemerlang yang dipamerkan oleh anak-anak muda ini, membuktikan bahawa tidak ada yang mustahil dan sukar untuk dicapai sekiranya diusahakan dengan bersungguh-sungguh.

“Sehubungan itu, Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi akan dinaiktaraf dengan kerjasama Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dan MBI," ujarnya dengan berkata sebanyak RM1.2 juta akan diperuntukkan bagi kerja-kerja menaiktaraf tersebut.

Post a Comment

0 Comments