Rakyat kagum, PM tetap kerja ketika cuti umum


PERDANA MENTERI, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengundang perhatian ramai apabila tetap bekerja ketika sebahagian besar rakyat Malaysia bercuti bersempena sambutan Tahun Baharu 2023 pada Isnin.

Perdana Menteri, melalui hantaran di laman sosial Facebooknya berkongsi gambar di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu dilihat sedang menyemak beberapa dokumen dan surat.

“Di pejabat hari ini selesaikan urusan surat menyurat serta menyertai beberapa mesyuarat penting,” katanya.

Perkongsian itu mendapat lebih 39 respon dan lebbih 3,000 komen. Ia turut dikongsikan sebanyak 432 kali.

"PM10, komited cuba menyelesaikan cabaran membantu rakyat terbanyak. Semoga dipermudahkan segala urusan. InsyaAllah. Jom Amin ramai2," tulis Shamsurizam Norsham di ruangan komen.

Tidak kurang sedikit warganet yang memuji ketekunan Anwar bekerja tanpa mengira masa, malah ramai turut mendoakan kesejahteraan buat pemimpin utama negara itu.

"Jaga diri anda Perdana Menteri yang kami dikasihi.

"Kami memerlukan anda untuk bersama kami untuk jangka masa yang lama. Jangan terlalu menekan diri.

"Luangkan masa untuk berehat juga.. Kami semua sangat sayangkan anda," tulis Shikin Zakaria Mat Juhan pula.

Untuk rekod, kehadiran Anwar ke pejabat pada cuti umum bukanlah satu perkara baharu apabila pernah bertugas ketika cuti umum sebaik sahaja memulakan tugas sebagai Perdana Menteri.

Malah dalam jadual kerja yang sangat padat, beliau sering mencari masa untuk turun ke lapangan.
PM terus usaha pulih semula negara

Warganet menyedari perkara itu apabila Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun melawat kawasan bencana runtuhan tanah di Batang Kali, Selangor pada malam 16 Disember lalu.

Beliau memakai baju melayu sama dipakainya pada Majlis menandatangani dokumen Permuafakatan Antara Gabungan Di bawah Kerajaan Perpaduan dan ketika meraikan kunjungan Syekh Jamal Farouk Jibreel dari Universiti Al Azhar Mesir ke Seri Perdana pada sebelah petangnya.

Post a Comment

0 Comments