Pemimpin Sabah ucap penghargaan kepada Anwar


PENGUMUMAN Putrajaya untuk membenarkan Sabah dan Sarawak menentukan pelaksanaan projek prasarana di bawah nilai RM50 juta diterima baik pemimpin politik di Sabah.

Pengumuman Perdana Menteri berhubung keputusan itu, dianggap satu lagi berita baik buat negeri itu yang menyusul penyerahan kuasa kawal selia bekalan gas kepada Sabah pada 21 Dis lalu.

"Seiring semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), ini sudah tentu satu berita yang baik.

“Ini akan membantu serta memudahkan lagi kelulusan dan pelaksanaan projek yang sebelum ini kerap terhalang oleh kerenah birokrasi.

“Atas semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), ini sudah pasti satu berita baik,” kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dalam kenyataan.

Anwar pada sidang media selepas mempengurusikan mesyuarat jemaah menteri semalam berkata pemberian kuasa itu bagi memastikan keputusan segera dapat dibuat tanpa perlu kata putus di peringkat Persekutuan.

Jelasnya, walaupun Sabah dan Sarawak mempunyai Jabatan Kerja Raya sendiri, banyak keputusan perlu dimuktamadkan di Putrajaya sehingga menyebabkan  kelewatan dalam pelaksanaan beberapa projek di Sabah dan Sarawak

Sementara itu, Menteri Kerja Raya Sabah, Bung Moktar Radin menyifatkan perkembangan terbaharu itu sebagai langkah positif yang akan membantu mempercepatkan program pembangunan di Sabah.

“Saya amat mengalu-alukan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberi kuasa kepada kerajaan negeri Sabah menentukan program pembangunan bagi projek bernilai sehingga RM50 juta.

Ia menunjukkan Perdana Menteri memahami kehendak rakyat Sabah,” katanya dalam satu kenyataan lain.

Presiden Warisan, Shafie Apdal turut mengalu-alukan pengumuman Anwar berhubung dasar tersebut.

PM tunjuk komitmen martabatkn MA63
Ia jelasnya telah menunjukkan komitmen kerajaan persekutuan pimpinan Anwar untuk untuk memartabatkan MA63.

“Warisan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan perdana menteri terhadap impian penduduk Sabah yang sudah lama ingin melihat MA63 dilaksanakan,” kata Ahli Parlimen Samporna itu.

Post a Comment

0 Comments