Nasib pelajar oku, guru pendidikan khas tak dipinggirkan


KERAJAAN PERPADUAN
tidak akam meminggirkan pelajar orang kurang upaya (OKU) dan guru pendidikan khas di negara ini dari arus pendidikan.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, ketika menerima kunjungan hormat Ahli Dewan Negara Senator Datuk Ras Adiba Radzi di Putrajaya semalam memberi jaminan bahawa pelajar dan guru pendidikan khas akan diberi perhatian sewajarnya oleh Kementerian Pendidikan (KPM).

“Alhamdulillah menteri (Fadhlina) berbesar hati menerima kunjungan saya untuk mendengar beberapa cadangan berkaitan komuniti OKU.

"Beliau mengalu-alukan kunjungan ini dan akan sentiasa mengikuti perkembangan OKU,” kata Ras Adiba yang juga Presiden Persatuan OKU Sentral dipetik laporan Bernama sebagai mengulas kunjungan hormat itu.

Menurut Ras Adiba, beberapa isu dibincangkan dalam kunjungan itu yang antara lain adalah mengenai pembinaan Sekolah Sukan OKU, menambah baik fasiliti di sekolah pendidikan khas, menambah bilangan ahli terapi cara kerja dan ahli terapi pertuturan di KPM.

Tiada kumpulan akan terpinggir
Beliau turut menyatakan keyakinan peribadi bahawa Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu mampu melaksanakan pelbagai pendekatan serta inisiatif terhadap pendidikan OKU di negara ini.

“Saya lihat banyak yang dilakukan untuk perkasa pelajar termasuk golongan OKU dan tenaga pengajar di sekolah pendidikan khas," katanya.

Post a Comment

0 Comments