Bajet 2023 tumpu usaha mengupayakan IKS


BAJET 2023
yang akan dibentangkan semula 24 Februari depan tidak akan terikat dengan belanjawan oleh kerajaan terdahulu, ujar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, Kerajaan Perpaduan akan memberi lebih tumpuan kepada membangunkan sektor perkhidmatan terutama yang melibatkan teknologi hijau, ekonomi digital serta perusahaan kecil dan sederhana (IKS) dalam belanjawan yang bakal dibentangkan.

"Dari segi dasar kerajaan, harus lebih tertumpu kepada mengupayakan IKS.

"Sebenarnya bidang ini mempunyai potensi besar dan melibatkan kerjaya yg besar, jadi kita perlu mengajak dan angkat keupayaan mereka untuk bersaing dengan syarikat besar," jelasnya.

Turut akan diberi tumpuan adalah kepada isu orang kelainan upaya (OKU) dan perkara membabitkan gender.

Anwar turut menjelaskan walaupun ada pengubahsuaian pada Bajet yang bakal dibentangkan, ia dilakukan secara minima setelah mengambil kira pandangan angka akhir pada pembentangan lalu dan pandangan pelbagai pihak berkepentingan termasuk dari jemaah menteri.

Semua aspek diteliti sebelum diputuskan
"Semua aspek (diteliti) tetapi belanjawan baharu ini sama sekali, terasnya, dasarnya, pengubahsuaiannya walaupun angka-angka pendapat tidak boleh ubah banyak.

“Dan kita ada kelebihan, belanjawan yang dahulu angka terakhirnya bulan Disember dan kita sudah sampai Januari dan ada ubah suai sikit,” kata Anwar pada sidang media selepas Majlis Dialog Belanjawan 2023 di Kementerian Kewangan.

Post a Comment

0 Comments