Majlis Presiden cadang sesi soal jawab PM di Parlimen


SEBAGAI
usaha memastikan peranan semak dan imbang pentadbiran kerajaan dapat dijalankan dengan berkesan, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan dilantik dari kalangan pemimpin pembangkang.


Pengarah komunikasi Pakatan Harapan (HARAPAN), Fahmi Fadzil berkata, mesyuarat Majlis Presiden semalam bersetuju untuk meneruskan dasar tersebut.

"Majlis Presiden membincangkan beberapa dasar, termasuk kedudukan pengerusi PAC dari pihak pembangkang. Itu rata-rata bersetuju untuk kita teruskan.

"Waima sewaktu HARAPAN mentadbir (sebelum ini), kita lihat bila pengerusi PAC daripada pihak pembangkang, ia memberi fokus kepada proses semak imbang, urus tadbir dan tata kelola," jelas Fahmi.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Digital ketika ditanyakan media apakah sudah ada calon dari pihak pembangkang untuk mengisi kedudukan itu walau bagaimanapun menegaskan ia akan ditentukan kemudian oleh jawatankuasa pemilihan.

"Ikut prosesnya, jawatankuasa pemilih dewan akan adakan mesyuarat yang akan menamakan ahli yang akan dipilih ke sesuatu jawatan," tambahnya.  

Dalam pada itu, Fahmi berkata Majlis Presiden dalam mesyuaratnya turut mempertimbang untuk mengesyorkan pelaksanaan Sesi Jawab Lisan Perdana Menteri di Parlimen.

Cadangan itu sebagai sebahagian usaha tambah baik dan reformasi menjelang sidang Parlimen yang dijadual berlangsung Febuari.

 K'jaan berusaha laksana penambahbaikan Parlimen
Walaupun sebelum ini sudah ada sesi jawab lisan oleh menteri, sesi yang dicadangkan itu akan memperuntukan hari tertentu semasa persidangan sidang Dewan Rakyat untuk ahli dewan bertanyakan sendiri soalan-soalan yang akan dijawab oleh Perdana Menteri.

"Sebelum ini sudah ada sesi jawab lisan melibatkan menteri, tetapi kali ini akan ada salah satu hari dikhususkan untuk dibawa soalan bagi dijawab sendiri oleh perdana menteri," jelasnya.

Post a Comment

0 Comments