LAPORAN awal berhubung tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Batang Kali-Genting Highlands baru-baru yang meragut 31 nyawa itu sudah dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu.
Bagaimanapun menurut Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, laporan penuh termasuk dari Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan dilengkapkan sepenuhnya dan dibentang dalam masa terdekat.
“Pada mesyuarat Kabinet ada dibentangkan satu laporan awal daripada KPKT dan kementerian saya juga disediakan laporan oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) serta Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem).
“Pembentangan laporan itu adalah susulan pemintaan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu melihat sendiri laporan awal terlebih dahulu berhubung kejadian sebelum laporan penuh yang lebih lengkap disediakan,” katanya pada satu program di Cyberjaya petang semalam.
Dalam kejadian awal pagi 16 Disember lalu, 92 pengunjung termasuk 14 pekerja kebun sayur organik sedang tidur di tapak perkhemahan di kawasan berkenaan ketika berlaku insiden runtuhan.
Mangsa terakhir, seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dikenali sebagai Eng Shao Qi ditemui dalam beg tidur yang tertimbus dengan kedalaman 1.5 meter dalam tanah pada hari ke sembilan operasi mencari dan menyelamat dijalankan.
Laporan awal telah dibentangkan ke kabinet |
Katanya, langkah seterusnya selepas operasi SAR selesai ialah dengan menyediakan laporan teknikal merangkumi punca kejadian dan sebagainya.
0 Comments