SEORANG Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) bertekad menjadikan parti itu sebagai pilihan utama rakyat berbilang bangsa di tanah air.
Dr Maszlee Malik melalui satu hantaran di Facebook berkata, langkah itu bagi memastikan agenda reformasi demi kesejahteraan rakyat dan negara dapat diteruskan.
“Ahli MPP bertekad untuk memastikan parti akan terus relevan dan menjadi parti pilihan utama rakyat berbilang bangsa di tanah air ini,” kata bekas Ahli Parlimen Simpang Renggam itu.
Melalui hantaran itu juga, Maszlee turut berjanji mahu memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus relevan di negara ini.
Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu Maszlee bertanding mewakili Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi mempertahankan kerusi Parlimen Simpang Renggam.
Mahu pastikan kepimpinan Anwar terus releven |
Sementara itu melalui hantaran di Facebooknya semalam, Maszlee turut mendedahkan tentang pesanan dibuat oleh Anwar padanya.
Kata Maszlee, Anwar berpesan agar bersiap sedia kerana cuti sabatikalnya akan berakhir.
0 Comments