KEMENTERIAN Komunikasi Dan Digital memberi jaminan untuk memastikan organisasi media arus perdana negara ini bebas melaporkan dan tidak berada dibawah telunjuk kerajaan.
Menterinya, Fahmi Fadzil memberi jaminan itu ketika menjadi tetamu dalam program In The Studio oleh BFM Radio .
"Saya adalah penyokong kepada kebebasan media. Saya fikir adalah penting untuk pemain media memahami fungsi mereka untuk memainkan peranan semak dan imbang.
"Pada masa yang sama, ini bermakna bahawa ketelusan eksekutif perlu dinilai oleh pengamal media, sama ada penyiar awam utama atau organisasi media swasta,' jelasnya.
Shazana Mokhtar, hos stesen radio berorientasikan hal ehwal dan perniagaan bebas itu sebelumnya bertanyakan pendirian Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hal itu,
Ia memandangkan persepsi yang mengambarkan pentadbiran terdahulu seolah-olah mengawal media dengan menekan badan penyiaran awam.
Sementara itu Fahmi turut menegaskan pihak kementerian akan terus menjalin kerjasama dengan pengendali laman media sosial bagi membendung penyebaran berita palsu dan kandungan yang mengancam keharmonian di negara ini.
Buat masa ini pengendali media sosial antaranya Tik Tok memberikan kerjasama yang baik dalam menangani berita palsu dan beliau berharap hubungan baik antara kerajaan dan pengendali laman sosial dapat dikekalkan.
"Saya fikir kita mesti ada garis pemisah, apa sahaja kandungan yang mengancam keharmonian dan keselamatan (rakyat) negara ini mesti ditangani. K'jaan beri kebebasan asal tak langgar etika
"Kita perlu mempunyai beberapa jenis penyelarasan untuk memastikan berita palsu terutam isu-isu terutamanya berkaitan agama , kaum dan raja-raja contohnya mesti diperhatikan.
"Sekiranya ada ancaman kepada keharmonian, jadi kerajaan akan ambil tindakan," tegasnya.
0 Comments