Dr Zaliha bakal hadiri mesyuarat Lembagai Eksekutif WHO


MENTERI KESIHATAN
, Dr. Zaliha Mustafa akan menghadiri mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Sesi Ke-152 di Geneva, Switzerland bermula Isnin ini sehingga 7 Februari depan,

Sekaligus menjadi lawatan rasmi beliau ke luar negara, ia akan turut diiringi delegasi terdiri daripada  Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dan pegawai-pegawai dari kementerian berkenaan.
 
Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan memaklumkan mesyuarat berkala itu yang dihadiri menteri-menteri kesihatan, ketua-ketua pengarah dah pakar-pakar dalam bidang berkaitan untuk membincangkan komitmen, dasar, status pelaksanaaan program dan hala tuju sektor kesihatan yang dipersetujui secara konsensus di bawah WHO.

“Selaku ahli Lembaga Eksekutif bagi rantau Pasifik Barat, penyertaan Malaysia ke Mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO Sesi Ke-152 ini adalah penting memandangkan platform berkenaan menyediakan ruang bagi konsultasi dan perbincangan lanjut bersama ahli Lembaga Eksekutif yang lain demi kepentingan sektor kesihatan sejagat.

“Malaysia juga akan mengetengahkan isu-isu kesihatan signifikan yang bukan sahaja melibatkan negara, malah negara anggota rantau Pasifik Barat. Komitmen Malaysia dalam menghadiri mesyuarat ini membuktikan kerajaan konsisten dan komited dalam setiap kerjasama di peringkat antarabangsa.

Turut diiringi KP Kesihatan dan pegawai kementerian
“Selain menaikkan imej negara di persada global, kerjasama berterusan ini diterjemahkan sebagai usaha Malaysia dalam membangunkan sektor kesihatan secara holistik di dalam negara mahupun di rantau Pasifik Barat,” katanya kenyataan tersebut.

Malaysia dilantik sebagai ahli Lembaga Eksekutif WHO mewakili rantau Pasifik Barat bagi tempoh tiga tahun bermula Mei 2021 hingga Mei 2024

Post a Comment

0 Comments