Saya hargai, tapi jangan beri saya cenderahati - PM

 


PERDANA MENTERI, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan supaya tidak memberikan cenderahati kepadanya.

Melalui satu hantaran di laman Facebooknya, Anwar berkata budaya seperti itu mesti dihentikan kerana ia satu amalan yang bercanggah dengan prinsip pentadbirannya.

“Saya hargai niat baik saudara saudari semua tetapi ini tidak bersesuaian dengan etika pengurusan dan pimpinan serta ia membebankan rakyat,” katanya.

Anwar yang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) sedang mengusahakan reformasi dalam pentadbiran kerajaan.

Sebelum ini beliau menolak untuk menggunakan  kereta Mercedes S600 sebagai kenderaan rasmi Perdana Menteri.

Tidak mahukan sebarang perbelanjaan baharu dibuat ke atas dirinya, Anwar sempat membatalkan perolehan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk kenderaan itu.

Anwar dalam usaha reformasikan pentadbiran
Selain tidak mahu pembaziran berlaku dengan pembelian kenderaan itu, Anwar turut menolak pengubahsuaian di pejabatnya dilakukan.

Jelasnya, ini kerana dia ingin mewujudkan budaya tidak membazirkan dana kerajaan, malah beliau mengulangi mengulangi janjinya tidak akan menerima gaji sebagai perdana menteri sebagai tanda solidariti dengan rakyat yang bergelut dengan masalah kenaikan kos sara hidup.

Post a Comment

0 Comments