Perdana Menteri sampaikan ucap takziah kepada Narendra Modi


PERDANA MENTERI
,  Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengucapkan takziah kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi hari ini.

Ia susulan atas pemergian ibu kepada pemimpin itu, Heeraben Modi.

"Azizah dan saya mengucapkan takziah kepada Perdana Menteri India atas pemergian ibunya Heeraben Modi.

"Kami berkongsi kesedihan dan ingatan kami sentiasa bersama anda di waktu kesedihan ini,” kata Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu dalam hantaran di Twitternya.

PM dan isteri zahirkan rasa sedih
Di petik laporan agensi berita Bernama, Heeraben, 99, meninggal dunia di UN Mehta Institute of Cardiology and Research Center, Ahmedabad kira-kira 3.30 pagi Jumaat.

Beliau dimasukkan ke hospital pada Rabu selepas kesihatannya merosot.

Post a Comment

0 Comments