Mahkamah tolak saman RM5 juta Kamarul terhadap Hanipa Maidin


MAHKAMAH SESYEN
Kuala Lumpur pada Selasa menolak tuntutan saman bernilai RM5 juta yang difailkan bekas Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff, terhadap  Mohamed Hanipa Maidin.

Kes ini mempunyai kaitan dengan buku yang ditulis oleh Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh bertajuk “Becoming Hannah”.

Saman tersebut difailkan pada 28 Julai 2020 berkaitan satu artikel bertajuk “Mula-mula bantah Yb Hannah, lepas itu nak minta pula pendaftar pertubuhan batalkan DAP” yang dakwanya diterbitkan di Facebook Hanipa pada 22 Mei 2017.

Kamarul mendakwa bekas Ahli Parlimen Sepang itu cuba memfitnahnya melalui penerbitan artikel itu.

Semasa perbicaraan kes itu tahun ini, Kamarul sebagai plaintif memanggil beberapa orang saksi.

Hanipa yang tidak mengemukakan mana-mana saksi dalam pembelaannya membangkitkan isu komen yang adil dan pembelaan perlindungan bersyarat (qualified privilege).

Mahkamah tolak saman terhadap Hanipa
Terdahulu pada 28 Julai 2020, Kamarul memfailkan saman fitnah terhadap bekas Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berhubung artikel  yang disiarkan sebuah portal dalam talian bertajuk “Pensyarah Melayu Bodohkan Melayu Ibarat Pegar Makan Padi”.

Penulisan itu dibuat oleh Khalid pada 26 Mei 2017 ketika memberikan pandangan berhubung kritikan Kamarul terhadap buku Hannah Yeoh, “Becoming Hannah” melalui rencana bertajuk “Hannah Yeoh Contoh Hipokrasi Terbesar DAP”.

Mahkamah menolak tuntutan Kamarul dan mengarahkan bekas pensyarah itu membayar kos sebanyak RM10,000 kepada Khalid.

Post a Comment

0 Comments