EXCO
pembangunan usahawan negeri Selangor, Rodziah Ismail menawarkan
sembilan visi besar untuk direalisasikan sekiranya diberi mandat oleh
pengundi Parlimen Ampang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.
Rodziah yang dicalonkan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) bagi merebut kembali kerusi yang dikhianati itu melalui hantaran di laman Facebooknya berkata, antara visi tersebut adalah melaksana pembangunan manusiawi, melestarikan alam sekitar, selain merancakan kegiatan sosial, perniagaan serta mewujdukan peluang pekerjaan yang tersusun dan seimbang.
Di Ampang, Rodziah ingin mewujudkan fasiliti awam yang mudah diakses, selamat, mesra keluarga dan lestari, selain menjadikan usahawan sebagai komponen utama mempromosikan bandar itu.
"Saya ingin menjaga kualiti unik gabungan warna warni kaum, budaya dan sejarah di Ampang, selain menyediakan latihan kemahiran profesional untuk anak muda, wanita dan orang kurang upaya (OKU).
"Saya juga ingin meningkatkan potensi pendapatan isi rumah dan kebajikan yang menyeluruh.
"Jika semua visi ini direalisasikan, Ampang akan menjadi sebuah kawasan Parlimen yang mempunyai indeks kebahagiaan tinggi seterusnya menjadikan kehidupan rakyat di sini lebih sejahtera," katanya pada Selasa.
Rodziah bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari baru-baru ini diumumkan sebagai ‘panglima’ KEADILAN bagi merampas kembali ‘kerusi pengkhianat’ yang mandatnya dicurangi ekoran Langkah Sheraton.
ADUN Batu Tiga itu yakin kerusi itu dapat dirampas kembali berdasarkan sokongan diberi rakyat kawasan itu.
“Insya-Allah saya akan berusaha supaya KEADILAN dan Pakatan Harapan (HARAPAN) kekal di Ampang. Saya yakin semangat diberikan rakyat berterusan sampai ke penghujung (PRU),” katanya pada hari pengumuman calon hujung minggu lalu.

Rodziah positif boleh rampas semula Ampang |

0 Comments