JENTERA pilihan raya di Barisan Nasional (BN) Jempol dilapor lumpuh selepas ahli akar umbi parti itu memprotes keputusan tidak menamakan penyandang kerusi itu didakwa tidak terpilih sebagai calon pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Beberapa portal media dalam laporannya mendakwa sebanyak 40 pusat daerah pengundian (PDM) di kawasan Parlimen itu ditutup sejak malam Ahad lalu.
Antara bahagian terkesan adalah cawangan Batu Kikir Timir, Kampung Gajah Mati, Kampung Kuala Kepis, Batu Kikir Pekan, Taman Melor, Rompin, Serting Hilir, Palong 13, Serting Hilir 7, Taman Seri Serting, Taman Seri Rompin, Serting Hilir 1 dan Palong 10.
Setiausaha Umno Bahagian Jempol, Muhamad Zamri Omar berkata mereka kecewa setelah individu yang dipilih sebagai calon bukan dari nama yang dicadangkan bahagian itu.
Difahamkan Timbalan Ketua UMNO bahagian, Shamsulkahar Mohd Deli dicalonkan di kerusi terbabit
“Kami bimbang, Parlimen Jempol ini yang sebelumnya merupakan kawasan putih bertukar menjadi kawasan kelabu.
"Ahli jawatankuasa bahagian yang bermesyuarat semalam mengambil keputusan mahu menutup semua bilik gerakan Barisan Nasional (BN) di Parlimen Jempol," katanya dipetik.
Muhamad Zamri turut menyatakan rasa kecewa dengan tindakan Shamsulkahar yang sebelum ini sudah menyatakan hasrat untuk tidak bertanding dan memaklumkan perkara itu dalam mesyuarat bahagian.
"Kami mahu Ketua Umno Bahagian Jempol kekal menjadi calon Parlimen ini. Kami ada masa mendesak, kami berusaha ke arah itu," tegasnya lagi.
Pada PRU14, penyandang, Mohd Salim Mohd Sharif memenangi kerusi Parlimen Jempol dengan majoriti 1,631 undi menewaskan calon Bersatu yang mewakili Pakatan Harapan (HARAPAN) dan PAS.
Pada pilihan raya kali ini, HARAPAN menamakan Ketua Wanita Amanah Negeri Sembilan, Norwani Ahmat sebagai calon kerusi tersebut.
Sebelum ini UMNO bahagian Arau turut dilapor menutup semua PDM mereka setelah penyandang Shahidan Kassim digugurkan dari senarai calon.
BN difahamkan menamakan bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Arau, Rozabil Abd
Rahman untuk menggantikan tempat Shahidan.
![]() |
Ahli akar umbi tak puas hati keputusan pusat |
0 Comments