PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa masalah daerah atau negeri termiskin akan diselesaikan dengan sebaik mungkin dan segera jika HARAPAN berjaya membentuk kerajaan.
Berucap ketika Jelajah Mega Harapan 2022 di Tuaran semalam, Anwar berkata, isu kemiskinan di negara ini berlanjutan sejak sekian lama dan ia perlu diatasi segera.
"Tak payah kata Sabah, mana daerah termiskin majoriti di Sabah atau Kelantan atau Sarawak, kita mesti selesaikan dengan secepat mungkin.
"Orang miskin di Sabah adalah masalah nasional, bukan masalah Sabah. Sekolah yang teruk di Sabah adalah masalah negara yang mesti diselesaikan oleh negara ini," katanya.
Anwar sementara itu turut mengingatkan pengundi supaya membuat pilihan tepat dengan memilih parti yang mampu membawa perubahan besar untuk negara.
Untuk pengundi Sabah jelasnya, pilihan raya kali ini bukan semata untuk masa depan negeri tetapi adalah untuk negara dan Persekutuan.
"Parti-parti kecil di Sabah mereka boleh buat apa, parti kecil boleh pecahkan undi pembangkang tetapi tidak boleh 'deliver'.
"Kami boleh menang kerajaan Persekutuan untuk Sabah, Sarawak, jangan disebabkan sentimen negeri. Ingat sokong yang bagi pecah-pecah ini akhirnya menang sebelah sana. Kita kena pastikan kita kuat dan bersatu, setiap undi ada pilihan sama ada mahu Perikatan Nasional (PN), BN atau HARAPAN.
"Kalau mahu tolak PN dan BN dan semua parti-parti kecil yang lain sebab mereka tidak boleh membentuk kerajaan, Kita (HARAPAN) ada harapan untuk tubuh kerajaan," katanya dipetik. Demi masa depan, pilih pemimpin yang tepat
Pada Isnin, HARAPAN Sabah mengumumkan senarai 23 dari 25 calon yang akan bertanding kerusi Parlimen di Sabah.
Mereka adalah:
Christina Liew - Tawau
Awang Husaini Sahari - Putatan
Sangkar Rasam - Pensiangan
Dikin Musah - Beaufort
Taufik Dahlan - Ranau
Mustapha Sakmud- Sepanggar
Thonny Chee - Kudat
Madeli @ Modily Bangali - Kota Belud
Arastam Pandorog -Semporna
Noraini Abd Ghafur- Kalabakan
Chan Foong Hin - Kota Kinabalu
Noorita Sual - Tenom
Vivian Wong Shir Yee -Sandakan
Henry Shim - Papar
Liau Fui Fui - Batu Sapi
Oscar Sia Yu Hock - Silam
Grelydia Gillod - Keningau
Madius Tangau - Tuaran
Ewon Benedick - Penampang
Rowindy Lawrence - Kimanis
Joseph Saang - Beluran
Dr Peter Naintin - Libaran
Sharizal Denci - Kota Marudu
0 Comments