CALON Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi Parlimen Pasir Salak, Nik Omar tekad terjun ke gelanggang politik bagi meneruskan hasrat bapanya bagi memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.
Nik Omar yang juga anak kedua kepada bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perkara itu antara alasan untuknya tetap bertanding mewakili gabungan itu di Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November ini.
Mengulas lanjut mengapa memilih HARAPAN, ilmuan agama itu berkata keterbukaan gabungan itu menampilkan calon dari pelbagai tokoh kepakaran telah menonjolkan betapa gabungan itu sememangnya mempunyai komitmen tinggi untuk memperjuang keadilan kepada semua rakyat di negara ini.
"Kalau ikut tentang Tok Guru (Nik Aziz), Tok Guru sentiasa sebut betapa dia inginkan suatu masa Datuk Seri Anwar ditabal sebagai Perdana Menteri. Jadi saya meneruskan untuk pastikan Datuk Seri Anwar (jadi Perdana Menteri).
“Dia (Anwar) sudah cukup syarat, pengalaman, kemampuan dan integriti yang ada pada dia. Kita boleh tengok kehidupan harian dia memperjuang keadilan untuk seluruh rakyat Malaysia.
“Alhamdulillah ini urusan negara, insya-Allah untuk kebaikan semua rakyat Malaysia ,” katanya dipetik laporan Utusan.
Nik Omar ketika ditanya berhubung restu keluarga pada pilihan raya kali ini menegaskan, segala keputusan yang diambil adalah untuk kebaikan semua dan bukannya untuk keluarga semata-mata.
Anwar penuhi ciri untuk jadi Perdana Menteri |
“Kita menghormati perbezaan pandangan, (tetapi) ia bukan sampai peringkat memisahkan hubungan, (malah) itu juga tidak dibenar dalam Islam,” jelasnya.
0 Comments