AHMAD ZAHID HAMIDI digesa melepaskan jawatannya sebagai Presiden dan UMNO susulan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) kalah teruk.
Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi berkata, Ahmad Zahid wajar meletak jawatan segera, seperti yang dilakukan oleh Najib Razak pada PRU14.
"Kita semua sedia maklum bahawa satu tsunami politik orang Melayu telah berlaku, di mana orang Melayu telah menolak UMNO. UMNO telah rebah.
“Usaha untuk memulih dan memperbaiki parti ini perlu bermula sekarang. Jika kita tidak berubah sekarang, kita tidak akan memenangi satu kerusi pun pada masa akan datang.
“Oleh itu, dengan rasa penuh hormat dan takzim, saya memohon supaya Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi meletak jawatan sebagai presiden pada kadar yang segera, sebagaimana Datuk Seri Najib Razak telah berjiwa besar dengan meletak jawatan sebagai presiden pada 2018,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan turut menyatakan pandangan sama bahawa Ahmad Zahid Hamidi perlu meletakkan jawatan.
Selari dengan gesaan itu, Shahril yang kalah dalam pertandingan di Alor Gajah mengumumkan meletak jawatannya.
"Saya berpandangan bahawa pemimpin nombor satu presiden Umno dan Pengerusi BN perlu memaparkan contoh dengan memimpin proses mengambil tanggungjawab kekalahan ini - berundur secara terhormat.
"Biar kepimpinan dan individu lain memimpin perbincangan membuat keputusan besar seterusnya untuk parti ini,” katanya.
BN di bawah kepimpinan Ahmad Zahid mencipta sejarah paling buruk dalam PRU, gabungan itu hanya meraih kemenangan di 30 kerusi parlimen daripada 221 kerusi parlimen yang dipertandingkan semalam.
Ahmad Zahid yang kuat mendesak supaya PRU diadakan segera sebelum ini telah diberi amaran bahawa gesaannya supaya Parlimen dibubarkan bagi pilihan raya diadakan pada penghujung tahun ini, dimana rakyat berdepan kebimbangan terjadinya bencana banjir akan memakan diri.
Akar umbi Umno sebelum ini turut mengkritik tindakan Zahid mengatur calon dengan menggugurkan beberapa nama besar yang menyebabkan parti itu gagal fokus kepada pertandingan kali ini.
Mereka antaranya termasuk Shahidan Kassim (Arau), Annuar Musa (Ketereh), Halimah Sadique (Kota Tinggi), Dr Adham Baba (Tenggara) dan Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar).
Ketua Pemuda Umno Bahagian Kota Raja Sheikh Weshal Sheikh Ahmad berkata, kekalahan itu sebahagian besarnya disebabkan tindakan Zahid yang membelakangkan parti dalam proses pemberian watikah calon.
Zahid tegasnya gagal memahami kehendak pengundi hingga mengelirukan ahli seolah-olah parti akan menang besar jika PRU diadakan pada tahun ini.
Ahmad Zahid dan Tok Mat mesti bertanggungjawab |
Sementara itu, Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim yang dmewakili Perikatan Nasional (PN) selepas tidak dicalonkan semula oleh BN turut membuat gesaan sama.
Dulu, dia juga minta Najib berundur, jadi saya minta Zahid mengundurkan diri," tegasnya.
0 Comments