SEMUA Presiden parti dalam gabungan Pakatan Harapan (HARAPAN) memenangi pertandingan dalam pilihan raya kali ini.
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Presiden KEADILAN menewaskan penyandang kerusi Tambun yang juga Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu dengan kelebihan 3,736 undi.
Anwar memperolehi 49,625 undi mengatasi tiga pencabarnya yang lain dari Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan parti pejuang.
Bagi kwasan parlimen itu, ada 160, 558 pengundi berdaftar, jumlah undi direkodkan adalah sebanyak 124,769 undi dengan peratusan keluar mengundi sebanyak 77.71 peratus.
Presiden parti Amanah, Mohamad Sabu menang besar di Parlimen Kota Raja apabila memperolehi 123,305 undi.
Menewaskan pencabar terdekatnya, Mohamed Diah Baharun yang sekadar mendapat 49,308 undi.
Mohamad Sabu mencatatkan majoriti 73,998 undi atau 62.36 peratus undi dari keseluruhan jumlah undi sebanyak 197,740.
Beliau turut menumbangkan 6 lagi pencabar dalam pertandingan lapan penjuru itu.
Di Muar, Johor, Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempertahankan kerusi dimenanginya pada PRU-14 dengan 1,345 undi mengalahkan dua pencabarnya iaitu Abdullah Husin (PN) dan Mohd Helmy Abd Latif dari BN.
Syed Saddiq memperoleh 19,961 undi berbanding 18,616 undi (PN) dan 14,581 undi (BN).
Pada PRU kali ini, MUDA menjalin kerjasama rasmi dengan HARAPAN dan Syed Saddiq adalah satu-satunya calon parti itu yang memenangi kerusi.
Pengerusi DAP, Lim Guan Eng turut mengekalkan kerusi Parlimen Bagan.
Beliau memperoleh 55,797 undi berbanding pencabar terdekat Alan Oh dari PN yang sekadar mendapat 6,149 undi.
Guan Eng turut menewaskan dua lagi pencabarnya Tan Chuan Hong (BN) dan Mohammed Afiz Mohamed Abdu Bakar dari Pejuang.
Dari keseluruhan 68,654 undi Guan Eng mendapat 81.27 peratus undi dengan kelebihan 49,648 undi berbanding pencabar terdekatnya.
Presiden Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO)-parti komponen dalam gabungan itu turut mencatatkan kemenangan di Penampang, Sabah.
Ewon Benedick yang baru-baru ini dilantik menggantikan Wilfred Madius Tangau sebagai presiden parti itu menang dengan kelebihan 14,410 undi.
Bendick mendapat 29,066 undi berbanding penyandang kerusi itu dari Warisan, Darell Leiking yang cuma mendapat 14,656 unfi.
Dua calon lain, Kenny Chua Teck Ho (GRS) mendapat 6, 719 undi sementara calon bebas Richard Jimmy mendapat 289 undi.
Madius yang masih bertanding untuk pilihan raya ini mengekalkan kerusi Tuaran dengan kelebihan 233 undi menewaskan pencabar terdekat Joniston Bangkui dari GRS yang mendapat 24,710 undi.
Beliau turut mengalahkan empat pencabar lain termasuk dari Warisan dan Pejuang. HARAPAN tonjol pencapaiaan cemerlang
Setiausaha DAP, Anthoy Loke Siew Fook turut mengekalkan Parlimen Seremban. Belia mendapat 63,916 undi menewaskan empat pencabar laind engan majoriti 30,841 undi.
0 Comments