ISTANA NEGARA memberitahu pemimpin parti dan gabungan yang mempunyai jumlah kerusi yang banyak untuk bekerjasama membentuk kerajaan.
Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin dipetik laporan media berkata, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mahu ketua parti dan gabungan yang menang “banyak kerusi” memaklumkan kesepakatan dengan parti-parti lain untuk membentuk kerajaan sebelum jam dua petang esok.
Baginda juga mengemuka gabungan itu mengemukakan nama calon perdana menteri kepada Istana Negara sebelum 2 petang.
Titah itu susulan keputusan PRU15 semalam yang menyaksikan tiada mana-mana gabungan memperoleh jumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan bersendirian.
Kini Parlimen Malaysia boleh disifatkan kini berada dalam keadaan tergantung atau Hung Parliament.
Ia selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan setakat ini, tiada parti memperoleh majoriti lebih 50 peratus daripada 220 kerusi dipertandingkan pada PRU15.
Setakat jam tiga petang tadi, Pakatan Harapan (HARAPAN) memperoleh 82 kerusi, diikuti Perikatan Nasional (PN) 73 kerusi, Barisan Nasional (BN) 30, Gabungan parti Sarawak (GPS) 22, Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) enam kerusi, Parti Warisan (tiga), Bebas (dua) dan Parti Bangsa Malaysia serta Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat masing-masing satu kerusi. Parlimen M'sia dalam keadaan tergantung
Difahamkan, keputusan bagi Kerusi Parlimen Baram ditangguhkan susulan keadaan cuaca, manakala pengundian di Parlimen Padang Serai ditangguhkan susulan kematian seorang calonnya.
0 Comments