EMPAT bekas presiden Majlis Peguam menggesa Pakatan Harapan (HARAPAN) yang mendapat kerusi terbanyak pada Pilihan Raya Umum ke-15 yang diadakan semalam diberi peluang pertama untuk membentuk kerajaan.
Gesaan itu dibuat Ambiga Sreenevasan, Yeo Yang Poh, Christopher Leong and Ragunath Kesavan dalam satu kenyataan bersama.
Turut menandatangani kenyataan itu adalah beberapa aktivis dan pengamal undang-undang, iaitu Gurdial S Nijar Zainun Ali, Kuthubul Zaman Bukhari, Ivy Josiah, Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriots) dan bekas Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof.
“Parti (termasuk gabungan parti) dengan jumlah kerusi tertinggi akan menjadi yang pertama dipanggil oleh Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk kerajaan.
“Kemudian terserah kepada parti itu untuk mendapatkan parti lain yang bersetuju bergabung dengan mereka, bagi memperoleh jumlah kerusi yang cukup di Dewan Rakyat,” menurut mereka.
Mereka mencadangkan perkara itu dengan memetik penghakiman Mahkamah Rayuan dalam krisis perlembagaan di Perak pada 2009 sebagai kes duluan.
HARAPAN mendapat kerusi terbanyak (82) tetapi tidak cukup bilangan minimum 112 untuk membentuk kerajaan secara bersendirian.
Perikatan Nasional (PN) yang mendapat 73 kerusi Parlimen juga sedang cuba membentuk kerajaan campuran.
Gesaan itu dibuat Ambiga Sreenevasan, Yeo Yang Poh, Christopher Leong and Ragunath Kesavan dalam satu kenyataan bersama.
Turut menandatangani kenyataan itu adalah beberapa aktivis dan pengamal undang-undang, iaitu Gurdial S Nijar Zainun Ali, Kuthubul Zaman Bukhari, Ivy Josiah, Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriots) dan bekas Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof.
“Parti (termasuk gabungan parti) dengan jumlah kerusi tertinggi akan menjadi yang pertama dipanggil oleh Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk kerajaan.
“Kemudian terserah kepada parti itu untuk mendapatkan parti lain yang bersetuju bergabung dengan mereka, bagi memperoleh jumlah kerusi yang cukup di Dewan Rakyat,” menurut mereka.
Mereka mencadangkan perkara itu dengan memetik penghakiman Mahkamah Rayuan dalam krisis perlembagaan di Perak pada 2009 sebagai kes duluan.
HARAPAN memenangi kerusi terbanyak |

0 Comments