KJ tewas, Presiden Umno hampir dikalahkan


UMNO-BN boleh dianggap menerima padah atas kesilapan mereka sendiri setelah berdegil mahu Pilihan Raya Umum diadakan ketika negara sedang berdepan fenomena monsun.

Pada pilihan raya semalam. Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi Umno hanya mampu memenangi 30 kerusi Parlimen yang ditandingi mereka.

Sebelum PRU-14, BN dianggap sebagai blok politik paling besar dan berkuasa yang hampir mustahil dikalahkan, namun sebaik pilihan raya berakhir semalam, BN kini telah menjadi blok politik nombor tiga dalam negara.

Calon pilihan, Khairy Jamaluddin yang bertanding di Sungai Buloh tewas kepada R Ramanan dari Pakatan Harapan (HARAPAN).

Berdasarkan keputusan rasmi PRU15, Ramanan meraih 50,943 undi sementara KJ hanya memperoleh 48,250 undi.

“Saya telah berusaha sehabis baik. Tahniah kepada Datuk Ramanan dan selamat berkhidmat.

“Terima kasih kepada rakyat Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Twitter setelah keputusan rasmi diumumkan.

Paling mengejutkan adalah keputusan bagi kawasan Parlimen Bagan Datuk dimana presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi bertanding.

Calon HARAPAN, Shamsul Iskandar Mohd Akid yang dihantar mementang Zahid hampir membenamkan Pengerusi Barisan Nasional itu.

Apakah Zahid masih releven untuk Umno?
Walaupun Shamsul-bekas Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya berkempen di kawasan parlimen itu untuk tempoh yang singkat, Zahid hanya mampu memenangi kerusi itu dengan berkelebihan 348 undi berbanding Shamsul Iskandar.

Dengan pencapaiaan buruk Zahid dan BN itu, kini timbul tanda tanya apakah Zahid masih layak mengepalai Umno.

Post a Comment

0 Comments