Harapan Azwan agar Azmin tewas di Gombak tertunai


HARAPAN selebriti kontroversi, Azwan Haji Ali untuk melihat abangnya yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Gombak tiga penggal'dikuburkan' pada pilihan raya kali ini tertunai.

Mohamed Azmin Ali gagal mempertahankan kerusi Parlimen Gombak selepas tewas kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Amirudin yang mewakili Pakatan Harapan (HARAPAN) memperoleh 72,267 undi sekaligus mengalahkan Azmin dengan majoriti 12,729 undi.

Beliau turut mengalahkan Datuk Megat Zulkarnain Omardin daripada BN (30,723) undi, Aziz Jamaludin Mhd Tahir dari Pejuang  (2,223) undi dan calon bebas Zulkifli Ahmad yang hilang wang deposit selepas gagal memperoleh satu per lapan daripada jumlah undi keseluruhan.
 
Sebelum ini Azmin dipetik laporan media mempelawa Anwar untuk bertanding di Gombak.

Ketika melancarkan persidangan Bahagian Bersatu dan pelancaran jentera Pilihan Raya Bersatu Selangor, secara sini Azmin berkata “Ada orang (Anwar) minat nak datang Gombak, silakan. Gombak terbuka.

Adakah karier politik Azmin akan terkubur?


"Saya anak jantan, silakan,” katanya.


Anwar yang kemudian memutuskan bertanding di Tambun memutuskan menghantar Amirudin yang digelarnya sebagai 'panglima utama Selangor' untuk berdepan Azmin di Gombak.

Tindakan Anwar itu membuktikan, kawasan Parlimen itu boleh dirampas dengan hanya menghantar bekas anak didik  Azmin sendiri.

Post a Comment

0 Comments