Tubuh kerajaan perpaduan, Anwar berhak jadi PM, kata Dr Dzul

 

PENGARAH Strategik Parti Amanah Negara (Amanah) berharap kerajaan baharu yang dinamakan kerajaan perpaduan nasional dapat dibentuk secepat mungkin.

Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dipetik laporan MalaysiaGazette berkata, dalam keadaan Parlimen tergantung sekarang terdapat keperluan yang jelas bagi kerajaan dibentuk supaya pentadbiran dapat dteruskan.

“Disebabkan tiada gabungan yang mendapat kemenangan majoriti untuk membentuk kerajaan, justeru terdapat keperluan mendesak untuk membina kerajaan perpaduan.

“Kita patut fokus kepada national reset agenda atau agenda menetapkan semula kedudukan negara di landasan sebenar,” katanya dalam ciapan Twitter.

Selesai Pilihan Raya Umum (PRU) pada Sabtu lalu, tiada gabungan parti yang mendapat kemenangan majoriti.

Yang dipertuan Agong, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah semalam memanggil menghadap Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Mahiaddin Md Yassin ke Istana negara bagi mencadangkan penubuhan kerajaan gabungan.

Seri Baginda menzahirkan hasrat agar satu kerajan kukuh ditubuhkan dengan meibatkan semua wilayan, agama dan kaum.

Mahiaddin bagaimanapun menolak saranan Seri Padukan Baginda itu.

Ada keperluan mendesak supaya k'jaan ditubuhkan
Sementara itu,  Dr. Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, menerusi kerajaan perpaduan nasional itu, Pengerusi HARAPAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mendapat perkenan untuk memimpin.

“Dengan kata lain, Anwar adalah Perdana Menteri kerajaan ini dan pemimpin dari gabungan lain harus mengetepikan perbezaan partisan untuk objektif nasional lebih tinggi,” kata bekas Menteri Kesihatan itu.

Post a Comment

0 Comments