Penggabungan HARAPAN - BN formula terbaik selesai isu sekarang

 


PENGGABUNGAN blok Pakatan Harapan (HARAPAN) dengan Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan perpaduan adalah formula terbaik menyelesaikan krisis politik dalam negara hari ini.

Timbalan Pengerusi Otai Reformis 1998, Mustapa Mansor dipetik laporan Malaysiakini berkata, sememangnya ia satu langkah sukar menyatukan parti bermusuhan, tetapi itu merupakan keperluan buat masa ini untuk membina sebuah negara.

“Saya rasa sudah sampai masanya untuk kita semua mencari jalan penyelesaian.

“Di waktu yang sangat genting sekarang ni, dengan ekonomi kita teruk, politik juga sejak tahun 2018 sampai dua, tiga kali tukar, harga barang yang tak tentu hala naik dan banyak banyak faktor lain, maka kita mesti ada pilihan untuk mencari jalan bagi menstabilkan keadaan.

“Demi melihat negara ini berjalan dengan baik, kerajaan stabil, jadi penyatuan antara BN dengan HARAPAN itu salah satu solusinya,” ujarnya.

Semalam yang Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan Pengerusi HARAPAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Mahiaddin Md Yassin menghadap di Istana Negara.

Baginda menyarankan pembentukan kerajaan gabungan bagi menyelesaikan isu Parlimen yang ketika ini berada dalam keadaan tergantung.

Anwar walaupun menyambut baik langkah itu yang turut melibatkan semua pihak termasuk dari Sabah dan Sarawak, Mahiaddin menolak atas alasan melanggar pendirian gabungannya.

Sementara itu, Mustapa berkata, sekiranya akan berlaku penggabungan antara BN dan HARAPAN, gerakan Otai Reformis 1998 berhara ia dibuat demi negara, bukan kepentingan individu.

Mustafa berharap agenda reformasi, termasuk menghormati prinsip pengasingan kuasa legislatif, eksekutif dan kehakiman dilaksanakan. 

“Itu antaralah reformasi terpenting yang mesti kita saksikan dalam kepimpinan yang baru ini.

Kerjasama pastikan negara dalam keadaan stabil
“Yang terlibat dengan mahkamah mesti terus, sesiapa sahaja yang terlibat dengan salah laku rasuah mesti diteruskan, bahkan penyalahgunaan kuasa dan sebagainya mesti dibawa ke mahkamah, tidak boleh dibiarkan.

“Sebab ini adalah demi negara, yang kita nak bangunkan bukan untuk kepentingan individu - individu tertentu,” ujarnya lagi.

Post a Comment

0 Comments