Oleh: HUSAM MUSA | Saya pernah menyebut tentang satu konsep Jepun - Kintsugi - atau Tampalan Emas/Golden Jointnery beberapa tahun yang lalu.
Sesuatu yang berharga yang pecah, ditampal dengan 'tampalan emas' untuk menghasilkan sesuatu yang lebih berharga.
Malaysia kini tidak memiliki gabungan tunggal membentuk kerajaan.
Ibarat tembikar mahal yang retak. Memerlukan keterbukaan dan kemahiran pemimpin memberi bentuk baru yang bernilai.
Pakatan Hrapan (HARAPAN) memiliki 82 kerusi. Ia wajar diberi tugas sebagai tonggak pemerintahan. Selari dengan hasrat teratas pengundi Malaysia berdasarkan bilangan kerusi.
Umno/BN mempunyai 30 kerusi. Gabungan keduanya sudah menghasilkan majoriti mudah.
Kemasukan Umno boleh meredakan kebimbangan tentang dominasi DAP dengan tambahan MP Melayu dari Umno.
Sekali dua gabungan ini bersama, parti lain InsyaAllah akan bersama.
Selain itu, apa yang Umno/BN perlu ambil kira :
Muhyiddin pernah isytihar Umno/BN musuh utama PN. Ismail Sabri pula menganggap ada menteri dari PN ibarat menikam belakang beliau.
Pembentukan kuasa lebih mudah antara 2 parti sahaja. Kabinet boleh dikecilkan. Kedudukan BN lebih diraikan berbanding PN dan gabungan lain yang lebih rencam dan rumit.
BN tidak akan menerima komposisi besar dalam kabinet PN kerana banyak komponen.
Jajahan kuasa HARAPAN dan PN tidak bertembung dalam kawasan pilihan raya. Berbanding dengan PN, PAS dan Bersatu akan halang kebangkitan BN.
Kerajaan Pahang dan Perak dapat dibentuk dengan mudah antara HARAPAN dan BN.Penggabungan beri manfaat buat kedua-dua blok
Umno sendiri kena bersedia membina imej dan jati diri baru yang lebih diterima rakyat.
Kemudian, semua parti lain boleh dijemput menyertai pemerterian emas negara Malaysia.
HUSAM MUSA ialah bekas Ahli Parlimen Kubang Kerian, pernah menjawat jawatan EXCO Ekonomi, Kewangan Dan Kebajikan negeri kelantan pada era Pentadbiran Nik Abdul Aziz.
Tulisan ini pandangan peribadi penulis yang tidak semestinya mencerminkan pendirian sebenar Kartelmedia.
0 Comments